♥ Tentang Aku ♥
- ♥ ChentaRafflecia ♥
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- ♥ Junita Ramli ♥ 4 November ♥ Single & Available
♥ Sesuatu Diantara Waktu ♥
♥ Mulakan Hari Dengan Senyuman ♥♥ Akhiri Hari Dengan Kemaafan ♥♥ Cinta Sehangat Mentari ♥♥ Hidup Seindah Pelangi ♥ (^_*)
Aku ingin mencari sebuah sinar bahagia... Sinar yang mampu menerangi gelap dan gelita hatiku selama ini... Namun aku tak pasti.. Adakah sinar itu telah aku gapai... Telah aku miliki..telah aku rasai... Kuyakin... Satu hari nanti... Aku mampu masuk ke dalam sinar itu Mampu menggapai sinar itu.. Mampu memiliki sinar itu... Kerna kupasti.. Sinar itu ada untukku... Walaupun belum pasti...
♥ Chenta Rafflecia : Aku Ingin Miliki Sinar Itu Untuk Terangi Hidup Dan Hati Ini.... ♥
Erm..kenapa disaat wanita memerlukan insan yg bergelar lelaki.. memerlukan belaian..perhatian dan kasih syg dari seorg insan lelaki.. mereka cube menjarakkan diri..cube untuk melarikan diri..tapi bile wanita itu..sudah mampu untuk berdiri sendiri..sudah mampu idop tanpa belaian..tanpa perhatian..dan mampu idop tanpa kasih sayang dari mereka..mereka cuber untuk mengejar kembali..cuber untuk menagih balik cinta..perhatian..dan kasih sayang yg pernah didambakan oleh seorang insan yg bergelar wanita...ingat ler.. hargai aper yg ader depan mata..dan bile ia sudah jauh tinggalkan kan.. susah untuk kite kejar kembali..
♥ Chenta Rafflecia : Aku Masih Perlukan Insan YanG Bernama Lelaki Disisi Ku... ♥
Saat aku menyendiri.. Aku mula terpikir... Apa yang aku mahu dalam hidup..?? Apa yang aku perlu dalam hidup..?? Apa yang aku inginkan dalam hidup.?? Apa yang aku impikan dlm hidup..?? Apa yang aku angankan dalam hidup..??
Aku dah dapat apa yang aku... mahu..perlu...ingin..impi...dan angan kan... Namun...aku tetap mahukan lebih dari aper yang aku telah dapat.. Dan aku tidak mahu aper yang aku ada... Terlepas dari genggaman tangan ku...
♥ Chenta Rafflecia : Aku Mahukan Semua Yang Ada Dalam Genggaman Ku... ♥
Bila waktu dah berlalu meninggalkan kita
Senja pun datang dan malam mula menjelma
Membawa pergi semua kenangan yang tercipta
Waktu riangku tidak seperti dulu lagi
Aku kini dalam kerinduan
Kerinduan terhadap kenangan dan impian lalu
Kenangan dan impian yang telah sama-sama kita bina
Kini kenangan dan impian itu cuma satu khayalan
Kini aku benar-benar rindu
Rindu yang teramat sangat
Rindu pada kenangan kita
Rindu pada suaramu
Rindu pada segala-gala tentang dirimu
Namun aku sedar
Masa lalu tidak boleh diputar kembali
Aku perlu kuatkan semangat
Aku perlu yakinkan diri
Tanpamu aku juga mampu bahagia
Izinkan aku simpan sayangku padamu
Izinkan aku simpan cintaku padamu
Izinkan aku merindui dirimu
Walaupun dari kejauhan
Walaupun tanpa penghujung
♥ Chenta Rafflecia : Akan aku teruskan hidup walaupun aku terluka lagi yang entah kali ke berapa. Akan aku jalani hidup ini walaupun tanpa mu di sisi, kerana aku percaya semua insan yang menyayangiku mahukan aku gembira dan bahagia. ♥
" Dulu atau kemudian yang membezakan hanya giliran, tindakan tetap sama, kesalahan tetap serupa... " - Nazlan
♥Chenta Rafflecia ♥
" Sesungguhnya airmata yang jatuh itu jika dikumpul bersama dengan iman dan ilmu akan menjadi mutiara-mutiara yang berharga."
Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Moga setiap azam dan impian kita tahun-tahun yang berlalu telah kita laksanakan. Setiap tahun kita tidak pernah lupa untuk membina azam demi sebuah impian hidup, aku pun tidak terkecuali untuk membina azam untuk tahun 2011.
Azam aku untuk tahun ini adalah kebahagiaan dan ketenangan menjadi milik aku, keluarga tercinta dan kawan-kawan tersayang, termasuklah anda semua. InsyaAllah!! Tapi akan tercapaikah azam tahun baru kita? Selagi doa dan usaha seiring , InsyaAllah setiap azam kita akan tercapai demi sebuah impian dan kejayaan.