Bila waktu dah berlalu meninggalkan kita 
Senja pun datang dan malam mula menjelma 
Membawa pergi semua kenangan yang tercipta 
Waktu riangku tidak seperti dulu lagi 


Aku kini dalam kerinduan 
Kerinduan terhadap kenangan dan impian lalu 
Kenangan dan impian yang telah sama-sama kita bina 
Kini kenangan dan impian itu cuma satu khayalan 


Kini aku benar-benar rindu 
Rindu yang teramat sangat 
Rindu pada kenangan kita 
Rindu pada suaramu 
Rindu pada segala-gala tentang dirimu 


Namun aku sedar 
Masa lalu tidak boleh diputar kembali 
Aku perlu kuatkan semangat 
Aku perlu yakinkan diri 
Tanpamu aku juga mampu bahagia 


Izinkan aku simpan sayangku padamu 
Izinkan aku simpan cintaku padamu 
Izinkan aku merindui dirimu 
Walaupun dari kejauhan 
Walaupun tanpa penghujung 




♥ Chenta Rafflecia : Akan aku teruskan hidup walaupun aku terluka lagi yang entah kali ke berapa. Akan aku jalani hidup ini walaupun tanpa mu di sisi, kerana aku percaya semua insan yang menyayangiku mahukan aku gembira dan bahagia.